KUALA LUMPUR: Peserta berasal dari Johor Bahru, Johor, Diana Chan, memenangi pertandingan MasterChef Australia musim kesembilan yang mencapai kemuncaknya menerusi saluran televisyen negara itu, Channel 10, semalam.

Pada pertandingan akhir, wanita yang kini bekerja sebagai akauntan di Victoria itu menewaskan peserta Queensland, Ben Ungermann, dengan hanya satu markah.

Beliau mendapat 90 markah berbanding Ungerman, 89.

Menurut laporan news.com.au, bersama kejayaannya itu, Chan memenangi wang tunai RM849,370 selain kolum bulanan dalam majalah Delicious.

Chan berkata, beliau merancang untuk berehat seketika selepas diumumkan sebagai juara baharu rancangan realiti masakan popular terbabit.

"Saya dihujani dengan pelbagai peluang menakjubkan. Kini, tiba masanya saya berehat seketika dan melihat dengan teliti segenap peluang yang dihulurkan, dalam memastikan ia sesuai dengan matlamat saya," katanya selepas dimahkotakan sebagai pemenang.

Katanya juga, peminat boleh menjangkakan beliau menghasilkan 'hidangan yang cepat dan sihat', merangkumi pelbagai rasa.

"Saya tentu sekali mahu mempunyai pengaruh masakan Malaysia di dalamnya, pada masa sama ia juadah seimbang, menyihatkan dan enak. Itulah kriteria masakan saya," kata Chan.

Ungermann, 32, pula mengalami kecederaan pada ibu jari kirinya selepas 35 minit pusingan pertama berlangsung. Sebagai naib juara, beliau membawa pulang RM135,730.

Di Malaysia, program berkenaan dapat diikuti menerusi saluran Lifetime.

Sumber: www.bharian.com.my

LUSAKA, Zambia: Tindakan seekor babun 'mengusik' peralatan di sebuah stesen jana kuasa hidro-elektrik menyebabkan bandar Livingstone, lokasi destinasi pelancong, di sini, terputus bekalan elektrik selama beberapa jam.

Stesen elektrik yang membekalkan kira-kira 106 megawatt tenaga itu terletak berhampiran air terjun Victoria, selain taman negara, namun jarang 'dikunjungi' haiwan liar.

Jurucakap Zesco Ltd, Henry Kapata, berkata tindakan seekor babun 'mengusik' pengubah voltan tinggi menjejaskan kira-kira 40,000 pelanggan, apabila mereka terputus bekalan elektrik selama lima jam, kelmarin.

"Insiden itu menyebabkan babun terbabit terkena renjatan elektrik dan dibawa ke pejabat hidupan liar untuk rawatan.

"Babun itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius," kata Kapata. - Reuters




Belgrade: Kegembiraan seorang wanita bergelar ibu selepas berusaha selama 20 tahun bertukar pilu selepas dia ditinggalkan suaminya dengan alasan tangisan bayi itu mengganggu tidurnya.

Impian Atifa Ljajic, 60, untuk menjadi ibu menjadi kenyataan selepas dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan baru-baru ini.

Kelahiran itu menjadikan Atifa ibu kedua paling tua melahirkan anak di Serbia.

Selepas berusaha selama 20 tahun, Atifa berjaya hamil melalui persenyawaan in vitro.

Bagaimanapun, kegembiraan Atifa tidak bertahan lama, apabila suaminya, Serif Nokic, 68, mengambil keputusan berpisah dengan isterinya beberapa hari selepas bergelar bapa.

Nokic memberitahu, dia mengambil keputusan berpisah dengan isterinya kerana tangisan bayi itu mengganggu tidurnya.

Katanya, dia sedar betapa sukarnya untuk menjadi bapa sejurus mendengar anaknya menangis.

“Saya sudah tua dan sakit pula. Saya menghidap kencing manis dan lemah jantung.

“Saya tidak boleh tidur apabila bayi itu menangis. Kini, Atifa dapat apa yang dia mahu dan dia juga sangat gembira,” katanya.

Lebih teruk lagi, Nokic enggan mendaftarkan bayi itu sebagai anaknya menyebabkan Atifa terpaksa membesarkannya seorang diri.

Walaupun sedih akibat ditinggalkan suami, namun Atifa tetap gembira kerana impiannya menjadi ibu akhirnya tercapai.

“Satu-satu impian dalam hidup saya adalah mempunyai anak dan kini impian itu menjadi kenyataan. Saya tidak takut kerana tuhan memberi kekuatan kepada saya.

“Saya tahu kehidupan sebagai ibu tunggal adalah sukar tetapi saya akan berjuang membesarkan anak saya ini,” tegasnya.

Sumber: Mymetro

Adat VS Islam : Kematian

Ahad, 19 Februari 2017
Posted by Admin


1- "Apabila mendengar berita tentang kematian"

  • Adat : Al-Fatihah
  • Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
2- "Tanam jenazah"
  • Adat : Jirus air dengan jug yang diikat kain putih, tabur bunga dan tabur batu.
  • Islam : Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air adalah atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa, namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
3- "Kubur jenazah"
  • Adat : Dihias bagai pelamin, ada bangunan, nama, tarikh.
  • Islam : Kubur tidak ditinggikan, malah diratakan dan tiada bangunan. Tiada sebarang nama, tarikh dan memadai 1 batu nisan.
4- "Kenduri arwah"
  • Adat : Keluarga si mati buat kenduri bagi arwah dengan bacaan dan doa tertentu, dan dihadiri oleh tetamu bagi mengisi perut dengan juadah makanan, walaupon keluarga susah. Dilakukan 7, 40 dan 100 hari agar mayat tidak diseksa di dalam kubur.
  • Islam : Tiada kenduri untuk jenazah. Yang ada adalah mendoakan jenazah dimana sahaja berada. Jiran terdekat memberikan makan kepada keluarga simati, kerana mereka sedang berada dalam kesusahan dan kesedihan.

ASB & ASN - Apakah hukumnya?

Isnin, 16 Januari 2017
Posted by Admin

































Rakaman ini diambil semasa si ayah yang hampir menemui maut apabila anak lelaki yang berusia lima tahun tidak sengaja menembak anak panah ke arah kepalanya.


Lelaki yang tidak bernama itu, yang hanya dikenali di Reddit sebagai 5yrOldAlmostKilledMe , cuba untuk membuat sasaran kayu di halaman depan rumahnya , dipercayai berlaku di Amerika, apabila kemalangan itu berlaku. Rakaman yang diambil dari salah satu kamera CCTV, menunjukkan lelaki itu sedang menyusun pelbagai benda di atas rumput untuk dijadikan sasaran sekitar jam 3 petang Jumaat lepas. Anaknya yang berdiri berdekatan memakai baju belang dan seluar jeans, sedang memegang busur. Sedang dia menunduk untuk membetulkan sasaran, budak lelaki tersebut yang berada di belakangnya itu tiba-tiba menembak anak panah yang hampir mengenai kepalanya.

Apa yang dapat dibanggakan mengenai cerita ini, si ayah tidak menghukum terus si anak. Dia mengajak anaknya masuk ke dalam rumah dan memberitahu kesalahan yang dilakukan dan memberi tunjuk ajar yang sebenarnya.

Ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua, agar berhati-hati apabila menggunakan senjata terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak.
Bak kata member: "Kau ni dah kenape?"


Phnom Penh: Tiga pelancong Perancis ditangkap pihak berkuasa Kemboja kerana berbogel dan mengambil gambar antara satu sama lain di dalam wat Angkor.

Jurucakap Lembaga Apsara Kemboja, Chau Sun Kerya berkata, pelancong terbabit ditahan di dalam wat Banteay Kdei yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, kelmarin.

“Kuil ialah tempat ibadah. Tindakan mereka yang berbogel amat tidak sesuai,” katanya.

Sementara itu jurucakap polis Siem Reap, Keat Bunthan berkata, ramai tersinggung dengan tindakan tidak beradab pelancong terbabit.

“Tingkah laku mereka memberi kesan kepada budaya kami. Sesiapa pun tidak patut mengambil gambar bogel di situ,” katanya.

Media semalam melaporkan, ketiga-tiga warga Perancis itu sudah mengakui kesilapan mereka namun pihak berkuasa masih menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

Mereka ditangkap sehari selepas satu siri gambar wanita Asia merakam gambar bogel dalam kuil purba di Kemboja.

Taman Arkeologi Angkor ialah tapak warisan dunia mengandungi tinggalan Empayar Khmer yang berbeza dari abad kesembilan hingga ke-15. - AFP





Sumber - hmetro
Kalau dah ketentuan Allah, semua jadi. Kun fayakun.


PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.



Sumber - Sinar Harian

Iklan Pulih Dara Di Arah Henti

Jumaat, 30 Januari 2015
Posted by Admin

Huk alooooo

Phnom Penh: Kerajaan Kemboja mengarahkan sebuah hospital menghentikan iklan mengenai prosedur pemulihan dara kerana ia bertentangan dengan norma masyarakat di negara itu.

Beberapa klinik di Kemboja dilaporkan menawarkan perkhidmatan itu - dikenali sebagai hymenoplasty menurut istilah saintifiknya - secara senyap-senyap.

Perkhidmatan itu biasanya mendapat sambutan dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang masih mengukur nilai wanita dari segi keperawanannya.

Namun di Hospital Antarabangsa Victoria, pengurusan pusat perubatan itu menguar-uarkan perkhidmatan berkenaan tanpa segan silu.

Sehubungan itu, melalui surat bertarikh 23 Januari, Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith mengarahkan hospital berkenaan untuk menurunkan iklan itu.

“Hospital anda mengiklankan perkhidmatan pembedahan dara dan mengubah alat sulit wanita di radio, televisyen dan akhbar dengan ulasan keterlaluan. Ia memberi kesan berpanjangan terhadap moral dan tradisi masyarakat Kemboja,” katanya.

Dalam surat berasingan, Kanharith juga mengarahkan semua media di negara itu untuk menghentikan penyiaran iklan berkenaan. - Agensi



Sumber - hmetro

Superhero dah bosan agaknya, takde musuh nak lawan, buat musuh sendiri la.

Los Angeles: Kerana berebutkan kawasan, lelaki berpakaian watak kartun Mr Incredible membelasah wanita berkostum adiwira Bat girl sebelum pergaduhan itu dileraikan ‘Freddy Krueger’ dan ‘Chewbacca.’

Dalam kejadian di Hollywood Boulevard pada 22 Oktober lalu itu, Muhammet Bilik, 35, mengejutkan orang ramai apabila menumbuk dan membuang mangsa ke lantai di khalayak ramai.

Sehubungan itu, ‘Mr Incredible’ dihukum penjara sehari, tiga tahun pemerhatian, kerja pembersihan jalan selama 20 hari dan 36 kelas mengurus kemarahan.


Dia juga dilarang berada di Hollywood Entertainment District sepanjang tempoh pemerhatian itu.

Kejadian itu dirakam dan disebarkan di YouTube. Muhammet dilihat memegang ‘Batgirl’ sebelum ‘Chewbacca’ dan ‘Freddy Krueger’ serta seorang lagi watak kartun, ‘Where’s Waldo’ menghampiri mereka.

Tiga rakan itu kemudian cuba meleraikan pertengkaran berkenaan, malah ‘Waldo’ berjaya mengheret Muhammet dari situ.

Bagaimanapun, Muhammet kemudian mencari ‘Batgirl’ dan terus menghempaskan wanita terbabit ke jalan sebelum beberapa pelancong menyelamatkan mangsa.

Polis tidak dapat mengenal pasti identiti ‘Mr Incredible’ sehingga ‘Batgirl’ kembali di jalan berkenaan beberapa minggu kemudian seterusnya membolehkannya disoal polis.


Pegawai Pendakwa Mike Feuer berkata, perselisihan faham itu akibat berebut kawasan antara penghibur terbabit. - Agensi



Sumber - hmetro

Yang ni orang kata gersang tambah terdesak.

London: Seorang ibu beranak dua mengambil tindakan drastik ‘menjual’ dirinya di eBay dengan harapan dapat menemui jejaka kacak warga Greece semata-mata mahu memenuhi impiannya tinggal di negara itu.

Lois Curtis, 49, meletakkan iklan menawarkan “wanita, bersaiz baju 10” dengan huraian mengenai dirinya sebagai “terpakai tetapi masih berkeadaan elok.”

Malangnya dia terpaksa menurunkan iklan itu selepas 24 jam selepas gagal mendapat lelaki idamannya, walaupun menerima dua tawaran termasuk yang tertinggi sebanyak £205 (RM1,100).

“Saya mahu hidup di Greece, memang itu impian sejak kecil. Jadi rakan saya Apostolos yang tinggal di sana mencadangkan saya membuat tawaran itu di eBay dan dia berjanji menyebarkannya memandangkan dia ramai kawan.

“Kami sengaja mahu melihat jika ada yang berminat jadi saya membiarkannya selama 24 jam, malah mendapat tawaran dari Australia serta Puerto Rico. ‘Kembang’ juga apabila tawaran diberikan jauh menjangkaui sangkaan saya.

“Malangnya, tiada sesiapa dari Greece yang menghubungi saya sedangkan itu yang diimpikan,” katanya.

Malah, katanya, dia masih mendapat tawaran walaupun iklan itu sudah diturunkan apabila kira-kira tujuh orang menghantar e-mel bertanya sama ada masih boleh membida.

Disebabkan itu, Lois tidak menolak kemungkinan akan membuat tawaran sama pada masa akan datang.

“Tetapi saya akan mengkhususkan tawaran hanya boleh dibuat dari Greece,” katanya. - Agensi

Lois menjual dirinya di eBay berharap agar dapat menemui jejaka impian.





Sumber - hmetro

Mungkin betul la, kucing ada 9 nyawa. Jangan dengki ye.

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seekor kucing yang telah selamat dikebumikan lebih seminggu lagu mengejutkan pemiliknya selepas ia ‘pulang’ ke rumah pemiliknya di Tampa, Florida.
Pemilik terkejut kucing pulang selepas dikebumikan.
Bart, sebelum ini dijumpai dengan berlumuran darah selepas dilanggar sebuah kereta telah disahkan meninggal dunia oleh doktor haiwan di klinik haiwan berdekatan.

Menurut pemilik kucing berkenaan, Ellis Hutson, Bart ditemui di luar rumahnya dengan kesan luka di bahagian muka, kepala, patah rahang dan mata kirinya rosak.

"Saya tidak pasti bagaimana kucing ini 'melepaskan' diri, tetapi saya yakin kucing itu telah berusaha keluar untuk mendapatkan makanan," katanya dipetik Mail Online.

Laporan itu juga dipetik sebagai berkata, mata Bart kini tidak lagi akan berfungsi walaupun telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, semangat juang Bart untuk terus hidup amat menyentuh perasaan.

Sementara itu, petugas di Pusat Komuniti Kemanusiaan Tampa Bay, di mana Bart sedang dirawat percaya, haiwan itu cuba menggali sendiri untuk keluar dari ‘kuburnya’ dan merangkak perlahan-lahan sebelum pulang ke rumah pemiliknya.



Sumber - Sinar Harian


TELOK AIR TAWAR - Nama sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan Pangkalan Udara Butterworth ini pastinya mencuit hati sesiapa sahaja.

Mak Cik Sombong, demikian nama gerai makanan yang terletak di Taman Senangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Teluk Air Tawar dan Kepala Batas.

Nama yang unik menjadi tarikan.
Menceritakan sejarah nama Mak Cik Sombong ini, pemilik gerai, Saiful Bahri, 43, berkata, nama gerai ini menjadi salah satu tarikan utama bagi pengunjung ke sini.

“Dahulu kami berniaga di Bagan Lebai Tahir, waktu itu perniagaan makanan ini diuruskan arwah ibu yang mempunyai raut wajah yang garang, berat melemparkan senyuman, waktu itu ada pelanggan yang takut-takut untuk bertandang ke kedai makanan kami di sana.

“Jadi disebabkan itu, ada pelanggan yang memanggil nama kedai dengan gelaran Gerai Mak Cik Sombong dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedai asal mereka yang terletak di Bagan Tahir terpaksa ditutup dan kemudiannya berpindah ke Taman Senangan.

“Gerai makanan di sana dibina pada 1972, namun terpaksa ditutup tiga tahun lalu untuk memberi laluan kepada kerja pembangunan di sana.

“Disebabkan nama gerai sudah menjadi ingatan pelanggan, saya mengambil keputusan untuk mengekalkan nama ini,” katanya.

Menurut Saiful, ada juga yang sanggup datang jauh semata-mata untuk melihat sendiri gerai makanan Mak Cik Sombong kerana gerai ini unik.

Tidak cepat melatah dengan kehadiran ramai ‘peminat’, Saiful berkata, perkara itu secara tidak langsung mengingatkannya kepada arwah ibu.

“Arwah ibu tidak sombong seperti nama gerai, namun disebabkan raut wajahnya yang tegas, pelanggan menggelar gerai makanan ini dengan nama Mak Cik Sombong.

“Walaupun ibu meninggal lapan tahun lalu, namun saya bersyukur sambutan yang diterima masih tetap sama seperti dahulu,” katanya.

Menurutnya gerai Mak Cik Sombong dibuka dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan menyajikan pelbagai hidangan menarik kepada pelanggan.



Sumber - Sinar Harian

Spongebob mungkin dah bosan tinggal kat 'Bikini Bottom', tu yang berpindah, barangkali.

JEDDAH - ARAB SAUDI. Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah, terkejut apabila menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak terbabit sebenarnya sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.
X-ray yang menunjukkan Spongebob di dalam badan kanak-kanak tersebut.
Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Memetik laporan oleh portal Metro.co.uk, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya.



Sumber - Sinar Harian

Hampir Dibaham Sang Bedal

Selasa, 27 Januari 2015
Posted by Admin

BETONG – “Ketika sedang leka memancing, saya terkejut apabila seekor buaya tiba-tiba menerkam lalu menggigit tangan kiri saya.

“Entah daripada mana kekuatan yang saya peroleh, saya terus mencucuk matanya bertalu-talu dengan jari telunjuk kanan dan cuba mengorek biji matanya sebelum tangan saya dilepaskan buaya ganas itu.”

Itu detik cemas yang diceritakan oleh seorang nelayan yang dikenali sebagai Pak Mat, 45, yang hampir maut dibaham sang bedal itu ketika mencari rezeki di Sungai Saribas di sini kelmarin.

Ujar lelaki yang berasal dari Kampung Sebemban, Saribas di sini, insiden menakutkan itu berlaku ketika dia sedang menjala ikan di tebing sungai itu yang terletak kira-kira 1 kilometer dari kampungnya.

BEGINILAH keadaan pergelangan tangan kiri Pak Mat yang hampir putus selepas bergelut dengan seekor buaya di Sungai Saribas, Betong kelmarin


Sumber - Kosmo!

Nanjing: Sebuah koperasi luar bandar dilaporkan mengumpul deposit lebih 200 juta yuan (RM116 juta) daripada 200 pelanggan sejak tahun lalu dengan menyamar sebagai sebuah bank di wilayah Jiangsu.

Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, koperasi itu dipersiapkan dengan baik dan tampil meyakinkan orang ramai sebagai sebuah bank berdaftar.

Antara kemudahan yang disediakan di situ ialah skrin LED, dokumen palsu dan kakitangan lengkap berpakaian seragam.

Menurut Xinhua, koperasi itu berjaya menarik ratusan pelanggan dengan memberi jaminan mereka akan mendapat pulangan faedah lebih tinggi daripada biasa.

Seorang pelanggan berkata, bangunan koperasi itu kelihatan sama seperti bank biasa.

“Bahagian depan, kaunter dan mesin giliran, semuanya dibuat dengan baik dan meyakinkan kami.

“Pengurus di situ pula sentiasa memastikan perkhidmatan diberi dengan baik.

“Saya sangat yakin ia benar-benar sebuah bank,” katanya.

Setakat ini, seorang wakil koperasi berkenaan dan empat pengurusnya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Polis menjangkakan lebih ramai mangsa akan tampil selepas terbongkarnya kes itu.

Jurucakap polis berkata, kebanyakan mangsa adalah golongan ahli perniagaan dari wilayah Zhejiang yang terletak bersebalahan Jiangshu.




Sumber - hmetro