Admin On Rabu, 24 Disember 2014



Semenjak dua-menjak ni, banyak sangat isu berkenaan ni bertebaran di laman-laman sosial. Dah lama kita sebagai pengguna telah memakan coklat ini. Tapi isu kehalalan ini semakin meruncing. Jadi, persoalan yang paling besar, HALALKAH Lotte Pepero?

Kita tengok dari penjelasan syarikat yang membawa masuk coklata ini dalam pasaran Malaysia, iaitu HIG Langkawi atau Haji Ismail Group Langkawi.


Apa yang dapat disimpulkan melalui gambar diatas, sememangnya kehalalan Pepero belum diiktiraf oleh mana-mana Pengeluar Sijil Halal, Korea mahupun Malaysia.






Dan berdasarkan post oleh Halal Korea melalui Facebook, dapat dipastikan bahan yang digunakan adalah bukan berasaskan haiwan, tapi tumbuhan. So, disini ia menunjukkan bahawa tiada kehadiran bahan bahan yang boleh menimbulkan "haram".

Melalui dua sumber berkenaan, hanya satu kesimpulan sahaja yang dapat dibuat, Lotte Pepero boleh diklasifikasikan sebagai "syubhah".

Apakah "syubhah"?
Syubhah ialah perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan orang, yang masih samar-samar status kehalalan mahupun status keharamannya.
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)

Jadi, kita sebagai Umat Islam, eloklah menjauhkan diri dari perkara syubhah ini. Tinggalkan Pepero buat sementara waktu, sehingga Pepero mendapatkan status HALAL. Banyak lagi coklat yang halal dimakan. Pilihlah yang halal.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments