Popular Posts
Archive for Disember 2014
Kronologi Insiden QZ 8501 Dan Senarai Penumpang Pesawat
Ahad, 28 Disember 2014
Posted by Admin
air asia,
kemalangan air asia dari indonesia ke singapura,
kemalangan kapal terbang,
kemalangan kapal terbang air asia 28 disember 2014,
qz8501,
Terbaru
JUMLAH DAN SENARAI PENUMPANG
Senarai penumpang:
KRONOLOGI INSIDEN
6.17am - waktu pesawat dilaporkan hilang daripada radar (waktu tempatan).
7.24am - Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta. Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 32,000 - 34,000. Lokasi terputus hubungan di antara Tanjung Pandan dengan Pontianak.
11:30am - Air Asia sahkan kehilangan pesawat QZ8501 menerusi laman sosial Twitter dan Facebook. Air Asia juga menukar warna logonya kepada kelabu dan putih.
11:40am - Media Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan laut Belitung Timur.
2.01pm - Kompas.com juga melaporkan Air Asia akan mensahihkan maklumat berkenaan dan dalam masa yang sama memaklumkan operasi SAR sedang dijalankan.
12:15pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan membantu mencari pesawat Air Asia QZ8501
1.11pm - Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.
1.20pm - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.
1.50pm - Air Asia Indonesia memaklumkan pesawat QZ8501 memohon membuat pertukaran laluan atas faktor cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).
2.05pm - Pihak operasi mencari dan menyelamat di Belitong kini mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke kawasan tersebut, yang didakwa sebagai lokasi pesawat Air Asia itu terjatuh. Bagaimanapun menurut Ketuanya, Joni Supriadi, pasukan tersebut mungkin mengalami kesukaran memandangkan keadaan cuaca yang buruk “Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dipetik melalui Kompas TV.
2.30pm - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) Air Asia dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Tony Fernandes.
2.40pm - Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung. Pesawat itu dipercayai berlegar-legar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.
3.00pm - Bangka Pos melaporkan seorang Nelayan terdengar bunyi letupan yang agak kuat berhampiran Pulau Nangka, Kelapa Kampit. Namun tidak dapat dipastikan sama ada letupan berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden kehilangan pesawat QZ8501
Semenjak dua-menjak ni, banyak sangat isu berkenaan ni bertebaran di laman-laman sosial. Dah lama kita sebagai pengguna telah memakan coklat ini. Tapi isu kehalalan ini semakin meruncing. Jadi, persoalan yang paling besar, HALALKAH Lotte Pepero?
Kita tengok dari penjelasan syarikat yang membawa masuk coklata ini dalam pasaran Malaysia, iaitu HIG Langkawi atau Haji Ismail Group Langkawi.
Apa yang dapat disimpulkan melalui gambar diatas, sememangnya kehalalan Pepero belum diiktiraf oleh mana-mana Pengeluar Sijil Halal, Korea mahupun Malaysia.
Post by Halal Korea.
Dan berdasarkan post oleh Halal Korea melalui Facebook, dapat dipastikan bahan yang digunakan adalah bukan berasaskan haiwan, tapi tumbuhan. So, disini ia menunjukkan bahawa tiada kehadiran bahan bahan yang boleh menimbulkan "haram".
Melalui dua sumber berkenaan, hanya satu kesimpulan sahaja yang dapat dibuat, Lotte Pepero boleh diklasifikasikan sebagai "syubhah".
Apakah "syubhah"?
Syubhah ialah perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan orang, yang masih samar-samar status kehalalan
mahupun status keharamannya.
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)
Jadi, kita sebagai Umat Islam, eloklah menjauhkan diri dari perkara syubhah ini. Tinggalkan Pepero buat sementara waktu, sehingga Pepero mendapatkan status HALAL. Banyak lagi coklat yang halal dimakan. Pilihlah yang halal.