Popular Posts
Archive for Februari 2015
Bak kata member: "Kau ni dah kenape?"
Phnom Penh: Tiga pelancong Perancis ditangkap pihak berkuasa Kemboja kerana berbogel dan mengambil gambar antara satu sama lain di dalam wat Angkor.
Jurucakap Lembaga Apsara Kemboja, Chau Sun Kerya berkata, pelancong terbabit ditahan di dalam wat Banteay Kdei yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, kelmarin.
“Kuil ialah tempat ibadah. Tindakan mereka yang berbogel amat tidak sesuai,” katanya.
Sementara itu jurucakap polis Siem Reap, Keat Bunthan berkata, ramai tersinggung dengan tindakan tidak beradab pelancong terbabit.
“Tingkah laku mereka memberi kesan kepada budaya kami. Sesiapa pun tidak patut mengambil gambar bogel di situ,” katanya.
Media semalam melaporkan, ketiga-tiga warga Perancis itu sudah mengakui kesilapan mereka namun pihak berkuasa masih menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya.
Mereka ditangkap sehari selepas satu siri gambar wanita Asia merakam gambar bogel dalam kuil purba di Kemboja.
Taman Arkeologi Angkor ialah tapak warisan dunia mengandungi tinggalan Empayar Khmer yang berbeza dari abad kesembilan hingga ke-15. - AFP
Sumber - hmetro
Kalau dah ketentuan Allah, semua jadi. Kun fayakun.
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.
Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.
“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.
Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.
“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.
Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.
Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.
Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.
Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.
"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.
Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.
"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.
"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya
Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.
Sumber - Sinar Harian