Popular Posts
- Home »
- Isu Semasa , Makanan »
- Epal Gala dan Granny Smith dilarang masuk ke Malaysia
Admin
On Sabtu, 17 Januari 2015
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar olehbakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.
“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera’ di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.
Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria Listeriosis itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.