Popular Posts
Admin
On Rabu, 21 Januari 2015
Kuala Kubu Baru: Jabatan Imigresen menahan seorang pengusaha kolam ikan air tawar di Batang Kali, dekat sini, semalam kerana disyaki menggajikan lapan pekerja warga asing untuk bekerja di kolam miliknya.
Difahamkan, mereka tidak mempunyai permit atau dokumen sah untuk bekerja di negara ini dan dikatakan menghuni kawasan pondok penempatan sementara di situ sejak lima bulan lalu.
Ketika serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Putrajaya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, keadaan persekitaran di 24 kolam ternakan ikan air tawar seperti keli dan patin itu berbau tengik dan busuk.
Keadaan di tapak berkeluasan empat hektar itu turut menyebabkan beberapa anggota penguat kuasa menutup hidung, malah ada yang termuntah ekoran tidak tahan dengan bau busuk itu.
Pegawai terpaksa menutup hidung kerana bau yang terlalu busuk. |
Katanya, lapan PATI membabitkan warga Indonesia berusia 20 hingga 40-an dan pengusaha kolam ikan air tawar itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Pegawai menyoal siasat PATI. |
“Majikan mereka memberikan alasan urusan permit sedang diuruskan ejen, namun kami tetap menahan mereka untuk soal siasat seterusnya,” katanya.
Operasi bersepadu itu membabitkan 23 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya serta empat pegawai SPRM.
Abdul Halim berkata, ketika operasi terbabit, semua PATI sedang sibuk memberi makanan kepada ikan di kolam terbabit, dan sebaik saja menyedari kehadiran pihak berkuasa mereka lari ke dalam kebun kelapa sawit, namun berjaya ditangkap.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa dan bagi majikan di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002),” katanya.